KUALA LUMPUR – Bijak menyembunyikan kisah peribadinya, penyanyi terkenal, Noryn Aziz selamat bernikah dengan Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara, di sini malam tadi.
Juara program Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro itu sah menjadi isteri usahawan itu dalam suasana norma baharu dan memenuhi prosedur operasi standard (SOP).
Difahamkan pasangan berkenaan memilih bernikah lebih awal berbanding perancangan awal pada 25 Oktober ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.
Bagaimanapun, rancangan itu terpaksa ditunda pada tarikh baharu sebaik selesai PKPB.
Ini merupakan pernikahan kedua bagi pasangan berkenaan.
Noryn sebelum ini pernah berkahwin dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. – MalaysiaGazette