PUTRAJAYA – Tan Sri Annuar Musa mengakui dirinya kebingungan ekoran situasi perebutan jawatan Perdana Menteri (PM) yang menjadi kecoh sejak kebelakangan ini.
Setiausaha Barisan Nasional (BN) itu berkata, perkara itu sudah menjadi topik besar yang dibincangkan berbanding perkara penting menjaga hak dan kepentingan rakyat dalam situasi mendesak ketika ini.
“Saya merasakan terlalu banyak daripada kita sibuk nak beri kepada siapa jawatan, kepada siapa patut diberi kuasa dan sebagainya.
“Kurang sekali kita duduk untuk membincangkan agenda yang dihadapi oleh orang Melayu, agenda yang dihadapi oleh orang miskin, agenda yang dihadapi oleh rakyat, agenda yang dihadapi tentang masalah Covid-19, kesusahan rakyat dan sebagai.
“Sebagai Ahli Parlimen, saya merasakan tidak ada bezanya apa yang diperkatakan orang ramai dengan tumpuan kita kepada masalah-masalah rakyat,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ciapannya di Twitter apabila mengingatkan agar ahli Parlimen yang sudah lama supaya faham peraturan Dewan Rakyat dan membantu mengharmonikan situasi dan bukannya mengambil kesempatan menambah kekeliruan orang ramai.
Ciapan itu dipercayai sebagai respon beliau terhadap pertimbangan UMNO yang mahu menarik diri kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mengulas lanjut Annuar berkata, sebagai Ahli Parlimen Ketereh, beliau sering memikirkan tentang parti-parti orang Melayu.
Katanya, beliau merasakan bahawa orang Melayu sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) mahu Melayu bangsanya menjadi sebuah bangsa yang bersatu.
Ini kerana katanya, orang Melayu adalah teras kepada politik nasional dan jika ia dapat dilakukan bangsa lain juga akan sama-sama mensejahterakan negara ini.
“Tetapi kalau orang Melayu sebagai kelompok teras gagal menyatupadukan Melayu keseluruhan politik Melayu tidak akan stabil
“Kita kena faham ketidakstabilan antara orang Melayu sekarang ini adalah disebabkan orang Melayu sebelum 2018. Adakah tak cukup (pemberian kerajaan), kita kena lihat,” ujarnya.
Annuar turut mempersoakkan sama ada pertukaran Perdana Menteri perlu dilakukan tiga kali dalam setahun.
“Siapa yang dapat faedahnya. Yang penting kita kena lihat kestabilan rakyat.
“Tapi nampaknya pada masa ini mereka-mereka yang diberi kepercayaan yang besar oleh rakyat, yang lama dan lebih berpengalaman dalam politik lebih ghairah memikirkan tentang kedudukan dan jawatan, lebih dari hendak berkhidmat untuk rakyat,” tambah beliau. – MalaysiaGazette
Rakyat pun jd bingung dan meluat tgk perangai ahli politik..tgh2 gawat ni dgn Covic bagai, masa tu lah duk sibuk berebut kuasa..tak boleh kah tunggu sampai PRU? Yg Bersatu duk tikam UMNO..yang UMNO duk ugut Bersatu…Yg PAS duk berpuak2..DAP tepuk tangan jer…
Perebutan kuasa mulai dari Langkah Sheraton kan ? Dah dapat kuasa kini cakap lain pulak!
Hg tak yah bengong la,hg kan jurucakap yidin tak berdaftar..
Ni,hg gesa kes arwah Adib law betui hg pikiaq melayu,ari ni juga babi seekoq pukul bomba dalam keadaan pengaruh dadah,itu baru pukul,belom tikam lagi,tak yah jadi juara melayu kat belakang bangku yidin ja..
Jelas dn nyata di pandangan dn pemahaman rakyat bahawa senario politik ‘gila babi dn gila kuasa’ oleh pemimpin2 politik kini adalah semata2 DEMI KEPENTINGAN PERIBADI.
baik dr segi kerjaya mahupun perundangan…
jangan bingung! berfikirlah bagaimana parti yang anda ada sekarang..mereka ini sebenarnya puaka yang kemaruk duit kuasa dan wanita..atau anda belum sedar lagi parti yang anda duk junjung sekarang nih terdiri dari spesis spesis haprak..
Bingung kerana jawatan nya terjejas.
Penularan COVID19 sejak mutakhir ini semuanya berpunca dari kerakusan org politik yg gila kuasa. Rakyat diminta bersabar dgn situasi sekarang, amalkan normal baru TP APA MAKNA NORMAL BARU KPD ORG POLITIK? Adakah perebutan kuasa itu adalah normal baru org politik? Tak kesian kpd penderitaan rakyat ke? Di mana hati perut kamu? Tak boleh ke bersabar, tggu PRU akan dtg?. Semua pemimpin politik sama saja perangainya.GILA KUASA.
Undi belah kiri pun mengarut, undi hat belah kanan pun dah start mengarut. Next pru nak undi sapa pun taktau lah..
Memasing menyalahkan sesama sendiri. Sama aje semua gila kuasa, tetapi yang nampak sangat sekarang ni pemimpin dari parti PKR. Dah tu nak salahkan orang lain.
Sepatutnya fikirkan masalah rakyat dulu, aku dulu pun penyokong setia semakin meluat dan menyampah sama rakyat yang lain dah mula meluat.
Apa nak binggung, bila hilang sokongan, serah kembalikan pada Dewan menentukan.. paling binggung bila x mahu lepas walau sudah hilang mejority