Drama bertemakan percintaan dan dendam pada zaman Dinasti Qing yang berlatarbelakangkan Kota Larangan di China.

KUALA LUMPUR – Drama bersiri epik dari China iaitu Story of Yanxi Palace yang mencetuskan fenomena di rantau Asia telah mencapai sebanyak 15 bilion tontonan di platform digital iQIYI.

Drama bersiri 70 episod ini telah mencetuskan fenomena luar biasa dan menjadikannya
sebagai antara siri televisyen terbesar di Asia pada tahun 2018.

Story of Yanxi Palace turut menjadi drama yang paling dicari di enjin carian Google pada
tahun 2018.

Para pelakon drama yang ditulis oleh Zhou Mo ini turut menerima tempias yang sama
apabila meledak popular termasuklah pelakon kelahiran Malaysia-Singapura, Lawrence
Wong.

Populariti luar biasa yang diraih aktor berusia 32 tahun ini lantas menarik perhatian iQIYi
untuk melantiknya sebagai duta antarabangsa pertama mereka pada Ogos lalu.

Drama bertemakan percintaan dan dendam pada zaman Dinasti Qing yang
berlatarbelakangkan Kota Larangan di China mencapai hit paling popular di platform
penstriman iQIYI.

Turut dihasilkan oleh Huanyu Film, drama epik ini disiarkan pada waktu perdana di TVB
Hong Kong yang turut sama menjadi ikutan peminat drama di Hong Kong, Macau,
Singapura, Malaysia, Korea, Taiwan dan Vietnam.

Pelakon kelahiran Malaysia-Singapura, Lawrence Wong.

Story of Yanxi Palace turut berjaya mencatatkan 700 juta tontonan setiap hari pada satu
masa di platform penstriman antarabangsa dan ini merupakan rekod tontonan paling tinggi dicapai oleh mana-mana drama berbahasa Cina.

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Wei Yingluo (Wu Jinyan) , dari seorang dayang
sehinggalah menjadi gundik kesayangan Maharaja (Nie Yuan) dizaman Dinasti Qing.
YingLuo masuk ke dalam Kota Larangan (Forbidden City) untuk menyiasat dan menuntut
bela diatas kematian kakaknya.

Pada mulanya Yingluo cuma bekerja di bahagian sulaman. Namun disebabkan
kebijaksanaanya, dia telah dilantik menjadi dayang Permaisuri Fuca (Qin Lan).

Pada masa yang sama, adik kepada Permaisuri Fhuca iaitu Fuheng (Xu Kai) yang juga
merupakan pengawal diraja mula jatuh cinta dengan Yingluo.

Namun Yingluo mengesyaki Fuheng yang telah membunuh kakaknya melalui pelbagai bukti yang dikumpul, Fuheng merupakan pembunuh yang dicari-cari.

Tetapi sebenarnya ada orang lain yang menyamar sebagai Fuheng.

Bibit-bibit cinta mula timbul diantara mereka berdua. Namun, percintaan mereka dihalang
oleh Maharaja kerana berlainan darjat.

Bagaimanapun, tanpa disedari Maharaja juga telah mula jatuh cinta dengan Yingluo.

Dapatkah Yingluo mencari pembunuh sebenar kakaknya? Dan adakah Fuheng mampu
mempertahankan cinta mereka daripada dihalang oleh Maharaja?

iQIYi melantik Lawrence Wong sebagai duta antarabangsa pertama mereka pada Ogos lalu.

Jangan lupa untuk tonton drama bersiri fenomena ini di iQ.com atau dimuat turun di Applestore mahu pun Playstore.

Para penonton boleh mula menonton siri Story of Yanxi Palace, di samping menikmati
senarai tontonan iQIYI yang kaya dengan judul drama-drama China, Korea serta Melayu.

Antara drama tempatan serta Asia yang dapat ditonton terus di platform tersebut ialah
Kampung People 2, 7 Hari Mencintaiku 2,Tale of the Nine Tailed, 18 Again, More Than
Friends, Flower of Evil, Pengantin Satu Malam dan Backstreet Rookie.

Untuk hiburan optimum dan menyeronokkan serta melayari drama pilihan ramai, sari kata
dalam Bahasa English, Melayu dan Mandarin turut disediakan.

Jangan lupa, anda boleh strim sahaja http://iq.com/ sama ada melalui gajet mudah alih atau di komputer. Terus ke pautan www.iQ.com atau muat-turun aplikasi iQIYI di PlayStore atau AppStore dan daftar akaun pengguna secara percuma. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast