Sebanyak 1.5 juta pemegang akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Melaka dan Lembah Klang bakal dilengkapi dengan meter pintar menjelang hujung tahun ini.- Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR – Seramai 4.6 juta pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menggunakan portal dan aplikasi myTNB sehingga 13 Oktober lalu.
Jumlah akaun pendaftaran myTNB itu mencatatkan peningkatan memberangsangkan sebanyak 102.9 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020.
Aplikasi myTNB boleh dimuat turun di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery manakala portal myTNB boleh dilayari di www.mytnb.com.my.
Melalui aplikasi dan portal myTNB, pelanggan boleh, menyemak bil elektrik bagi kesemua akaun milik pelanggan; menambah dan mengurus akaun milik orang tersayang seperti ibu bapa di kampung; mengenalpasti jumlah penggunaan elektrik secara bulanan;    melihat sejarah penggunaan elektrik; membayar bil elektrik dengan mudah dan menyampaikan maklum balas berkenaan bil elektrik secara dalam talian.
Malah, bagi lebih 600,000 pengguna Meter Pintar di Lembah Klang dan Melaka, mereka boleh memantau penggunaan elektrik secara harian melalui portal atau aplikasi myTNB, seterusnya memberi kuasa kepada pelanggan untuk mengurus penggunaan elektrik terutamanya ketika berada di rumah bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Megat Jalaluddin Megat Hassan
”Kemudahan untuk melakukan urusan pembayaran melalui portal dan aplikasi myTNB amat berguna ketika ini apabila beberapa negeri di Semenanjung berada di bawah PKPB.
”Dengan itu, pelanggan tidak perlu bersusah-payah keluar dan beratur di kaunter atau kios untuk membayar bil elektrik mereka, lebih-lebih lagi sewaktu penularan semula wabak Covid-19,”  kata Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan.
Dalam pada itu, satu kempen bermula 12 Oktober 2020 sehingga 9 Disember 2020, pelanggan yang membayar bil elektrik mereka menerusi aplikasi myTNB berpeluang memenangi telefon mudah alih Huawei P40 Pro.
Untuk menyertai pertandingan Bayar & Menang Huawei P40 Pro, pelanggan hanya perlu memenuhi syarat-syarat berikut iaitu muat turun aplikasi myTNB dari Apple Store, Google PlayStore atau Huawei AppGallery, menambah akaun TNB ke dalam aplikasi myTNB dan membuat pembayaran penuh bagi bil TNB di bawah akaun TNB yang dinyatakan menerusi aplikasi myTNB. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast