KUALA LUMPUR – Semua solat lima waktu waktu jemaah di 425 masjid dan 2,025 surau Selangor adalah ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga notis selanjutnya dibuat.
Selain Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut dikuatkuasakan PKPB mulai 14 hingga 27 Oktober ini.
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) berkata, solat fardhu berjemaah akan dilaksanakan oleh tiga orang dalam kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa yang dijadualkan bagi mengumandangkan azan dan imam solat.
Arahan ini juga terpakai untuk solat Jumaat bagi 278 surau yang mendapat kebenaran.
Sebagai ganti, para jemaah hendaklah menunaikan solat Zohor di kediaman masing-masing.
JAS juga memaklumkan semua aktiviti pengimarahan di sebuah masjid dan surau seperti Kuliah Maghrib, Subuh Kuliah Dhuha dan lain-lain turut ditangguhkan.
Namun, pengurusan jenazah dibenarkan dilakukan di masjid atau surau, tertakluk sepenuhnya dengan pekeliling Panduan Pengurusan Jenazah Semasa PKPP di masjid dan surau bagi menangani penularan Covid-19 semasa yang dikeluarkan oleh JAIS pada 9 Oktober 2020. – MalaysiaGazette