Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 05 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) mengurangkan yuran perkhidmatan sebanyak RM120 bagi setiap semester kepada pelajar warganegara dan asing untuk tiga semester.

Ia bermula dari Semester 2 Sesi 2019/2020 serta Semester 1& 2 Sesi 2020/2021 yuran perkhidmatan tersebut merangkumi sukan dan rekreasi, perpustakaan, teknologi maklumat dan kesihatan/kebajikan.

UM berkata, jumlah keseluruhan pengurangan yuran ini membabitkan RM2.7 juta bagi setiap semester, melibatkan lebih 22,000 orang.

“Ia merupakan salah satu daripada 11 inisiatif Bantuan UM Prihatin yang mula disediakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast