Najib Razak

KUALA LUMPUR- Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan jelas mengatakan beliau tidak akan memaafkan Datuk Seri Najib Razak namun Ahli Parlimen Pekan itu berjiwa besar dengan menyatakan kesediaan memaafkannya.

Menurut Najib, ajaran agama Islam yang dianutinya menggalakkan setiap insan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.

Dengan itu, memaafkan Mahathir bukan sesuatu yang mustahil  baginya, meskipun pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada beliau dan keluarga oleh Ahli Parlimen Langkawi itu sejak beberapa tahun lalu.

“Pada amalan agama saya, memaafkan itu adalah tuntutan agama. Malah Allah SWT sendiri Maha Pengampun dan ada banyak ayat-ayat al-Quran yang bercerita mengenai perkara ini.

“Jadi kalau Tun ada buat salah atau berdosa dengan saya, jika beliau minta maaf maka berpandukan agama Islam, saya sedia memaafkan beliau.

“Jika beliau (Mahathir) enggan meminta maaf, carilah saya di Padang Mahsyar nanti,” katanya semasa ditemubual Malaysia Gazette dalam rancangan OwhMG.

Pada 30 September lalu, Mahathir dalam sesi temubual OwhMG memberitahu beliau tidak akan memaafkan Najib sampai bila-bila.

Ini kerana menurut beliau, Najib telah menghancurkan UMNO.
Ketika ditanyakan mengenai perkara tersebut, Najib menjelaskan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah kehilangan penyokong sejak pertelingkahan di antara Dr. Mahathir dan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan Anwar dipenjarakan dan tercetusnya gelombang reformasi.

BN menurutnya terselamat ketika itu oleh undi orang Cina dan India sahaja.

Malah kemenangan besar Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004 juga disebabkan rakyat beranggapan era Dr. Mahathir telah berakhir namun Ahli Parlimen Langkawi itu mula menyerang Abdullah sehingga menyebabkan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga semasa pilihan raya 2009.

Ketika Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Mac 2009, beliau telah melakukan pelbagai usaha untuk menarik semula undi kepada UMNO dan BN namun tetap gagal memperolehi majoriti dua pertiga.

Namun begitu, beliau tetap berjaya memimpin UMNO untuk memenangi lebih banyak kerusi iaitu sebanyak 89 kerusi.

“Semasa PRU 2018, kita kalah. Masa itu kita tengok trend menolak UMNO/BN telah sampai ke tahap maksimum dan apa yang saya hendak kata, trend penurunan undi BN bukan bermula dari zaman saya.

“Ianya sudah bermula dari peringkat awal lagi,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Najib juga tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan kitaran politik di negara ini yang mana rakyat mahu melihat parti selain BN yang memerintah negara pada PRU-14.- MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Ini lh mnusia yg betul2 mgamalkn hukum islam dgn baik..sentiasa bsedia memaafkn org lain, demi kesenangan semua..sybas DSN yg berjiwa besr..kami rakyat sentiasa doakn yg terbaik utk DSN .

  2. Yang menyebabkan kerosakan UMNO ialah TUN yang suka cari gaduh dengan semua orang…. Dalam UMNO TUN gaduh dengan Tunku, Musa Hitam, Ghafar Baba, Ku Li, Anwar, Abdullah Badawi, Najib……..lahir 46, PKR, Bersatu….!
    TUN yang menyuburkan budaya rasuah dan kronism dalam UMNO.
    Itu dalam UMNO…..diluar UMNO pun semua dimusuhi….sampai dengan negara luar pun TUN suka gaduh.

  3. Semua berpunca dari tu mahathir…. Siapa pun PM jika tidak ikut acuan tun… Memang akan diserang oleh tun… Semua salah pd tun.. Yang betul hanya atuk TUA yg dh x lama lg je tuu…

  4. Boleh tak jgn panggil tun . Menyampah dengar ..org ni mana ada jasa lagi ..pelingkop ada lah ..

  5. memang lah semuanya dibawah kekuasaan allah taala. kalau hamba nya membawa dosa sepenuh bumi sampai kelangit pun allah akan ampunkan . selagi hamba itu tidak syirik . sebab itu pas memandang ringan kesalahan najib .

  6. DS Najib seorang yg berjiwa besar…walaupun dirinya dan keluarganya dihina & difitnah,DS Najib masih sudi memaafkan penfitnahnya..Allahu akhbar!!!

  7. Tun Mahathir ke
    Najib ke…
    Inilah pemimpin yg menjadikan UMNO dibenci oleh rakyat.
    Kemudian rakyat tngk pula Zahid….
    Rupanya tak ubah manis mulut buntut bergelumang dgn puluhan kes seleweng & rasuah.

    Jadi utk mengembalikan kegemilangan UMNO satu je jalan buat masa ini
    Lupa kan Tun.
    Singkirkan Najib
    Buang Zahid.

    Jadikan Tok Mad sebagai peneraju UMNO
    In syaa Allah.

  8. Mahathir mempunyai hasrat dan Cita2 memperhambakan orang Melayu… Dia telah berjaya menjadi Demi God pada semua ahli2 kelab Pemuja duit dan harta yang dibawah penjagaan dia.
    GILA kuasa Gila duit Gila harta itu lah Mahathir dan kroni2 dia. Selagi Boboi tidak jadi pengganti dia Selagi tu lah dia akan meroyan.

  9. VIP politikus kemaruk sokongan undi pendatang China dan Keling diikhtiraf oleh penjajah British secara misnomer sebagai warga tempatan sehingga berputih mata muka tebal melihat tanah Melayu kini merosot ke 12%.

Comments are closed.