Surat yang tersebar mendakwa ditulis oleh Zahid dan Najib kepada istana menyatakan sokongan kepada Anwar.

KUALA LUMPUR – Sepucuk surat menggunakan kepala surat Pertubuhan Kebangaan Melayu Bersatu (UMNO) tersebar hari ini kononnya ditulis oleh  Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong.

Intipati surat itu menggunakan tarikh 11 Oktober itu menyatakan ahli-ahli Dewan Rakyat UMNO memberi sokongan tidak berbelah bahagi dan setia kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri kesembian.

Selain itu, surat tersebut juga menyatakan pula bahawa Zahid dan Najib serta sebilangan wakil rakyat UMNO telah menarik balik sokongan serta kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zahid dan Najib juga menurunkan tandatangan di surat dua halaman itu.

Ibu Pejabat UMNO ketika dihubungi MalaysiaGazette menafikan surat yang tular itu ditulis oleh Zahid dan Najib.

Kata jurucakap pejabat Presiden, surat tersebut sangat jelas palsu dan tidak mempunyai nombor rujukan.

Sementara itu jurucakap pejabat Najib berkata, nama Najib seperti yang tertera dalam surat palsu tersebut tidak ditulis seperti kebiasaan.

Ibu Pejabat UMNO juga sedang memantau agenda menyebarkan maklumat palsu menggunakan nama barisan pemimpin parti itu bagi mencetuskan kekeliruan dan kemarahan pelbagai pihak. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.