KUALA LUMPUR – Totalife (M) Sdn. Bhd., pengeluar produk kesihatan berjenama Totalife sehingga kini berjaya menjual 60,000 unit produk langsing baharu keluarannya iaitu 7-Days sejak berada di pasaran awal tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danny Chew berkata, jualan produk itu naik mendadak terutamanya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu selepas orang ramai tidak dapat bersukan dan perlu berada di rumah.

Beliau berkata, pihaknya yakin jualan produk tersebut dapat mencecah 100,000 unit menjelang akhir tahun ini.

“Jualan untuk 7-Days amat luar biasa apabila setiap kali stok baharu masuk sebanyak 5,000 unit, ia akan habis dalam tempoh seminggu sahaja.

“Ia merupakan produk paling sepanjang tahun ini apatah lagi ramai pelanggan yang berpuas hati dan ulang memberi sebagai pelanggan regular sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Danny Chew.

7-Days merupakan produk yang memiliki serat oat tingi di mana mampu mengeyangkan perut pada waktu tempoh yang lama.  Pengambilan produk itu dengan produk lain Totalife seperti gabungan Lipokleen A, Total Probiotik dan Phytokleen, proses pembakaran lemak pengguna akan menjadi lebih cepat dan berkesan dan mampu mengurangkan berat badan secara selamat dalam seminggu.

Mengulas lanjut, Danny berkata, antara rahsia kejayaan jualan produk keluaran Totalife sepanjang tahun ini apabila memberi memberi fokus kepada atas talian sebanyak 80 peratus dan bakinya adalah cara tradisional.

Jelas beliau, perkembangan pantas dan pesat dunia teknologi menjadikan Totalife perlu berkerja keras untuk bergerak seiring dengan perubahan ini untuk terus kekal relevan dalam dunia perniagaan semasa.

“Situasi seperti ini sebenarnya membentuk cabaran yang perlu diatasi oleh syarikat iaitu mengadaptasikan teknologi yang pelbagai supaya bersesuaian dengan bisnes semasa.

“Isu paling utama adalah bagaimana syarikat mahu mengambil peluang dan mencuba teknologi dalam memantapkan perniagaan mereka dan perlu cepat dalam hal ini bagi memastikan jualan kekal tinggi,” katanya.

Sementara itu, Totalife bakal menyambut ulang tahun syarikat ke-25 tahun di negara ini pada Disember depan.

Sehingga kini syarikat memiliki lebih daripada 10,000 pengedar di seluruh negara selain berjaya mengembangkan perniagaan di Amerika Syarikat, Singapura dan China.

Tahun lalu, Totalife telah menembusi pasaran Indonesia dan mendapat sambutan luar biasa apabila jumlah ahli melebihi  orang sehingga kini. – MalaysiaGazette