Hajiji Noor

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor disahkan telah pulih daripada Covid-19.

Beliau dibenarkan keluar dari Wad Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu, pagi tadi.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak itu yang semakin membimbangkan di Sabah.

“Yang penting ialah rakyat mesti berdisiplin, bekerjasama dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan”, katanya.

Turut dibenarkan pulang ialah isteri beliau, Datin Seri Julia Salag.

Sebelum pulang ke rumahnya Hajiji turut mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Christina Rundi, Pengarah Hospital QEH 1, Dr. William Gotulis, Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Dr. Lee Heng Gee, doktor-doktor pakar dan para jururawat yang telah merawatnya dan isteri.

Hajiji disahkan positif COVID-19, kata Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh pada 9 Oktober lalu.

Sebelum ini Hajiji sukarela menjalani kuarantin kendiri beberapa hari yang lalu selepas salah seorang kakitangannya positif Covid-19. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast