Pengarah JSJ Bukit Aman,Komisioner Datuk Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR – Satu sidang media khas berhubung sindiket Macau Scam yang didakwa melibatkan seorang Datuk yang dikenali sebagai Datuk Addy Kana dan isteri Datin Alyaa Syuhaila akan diadakan Rabu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Huzir Mohamed berkata, pihaknya akan berkongsi butiran perkembangan hasil siasatan polis berkaitan skandal cuci duit yang telah berjaya dibongkar baru-baru ini.

“Saya akan membuat sidang media khas mengenai scam dan tangkapan Addy Kana pada Rabu nanti untuk menjelaskan maklumat lebih terperinci mengeni penglibatannya,” katanya kepada wartawan di Cheras malam tadi.

Addy Kana dan isterinya yang sering mampamerkan gaya hidup mewah menjadi tumpuan sejak kedua-duanya ditahan kerana disyaki terlibat dalam Macau Scam.

Baru-baru ini beliau dan beberapa orang lain telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membantu siasatan sindiket Macau Scam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast