KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu kenyataan menghasut membabitkan seorang lelaki dalam sebuah rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata video berdurasi 1 minit 33 saat itu mempunyai kecenderungan menghasut terhadap raja dan kerajaan.
“Lelaki dikenali sebagai Ganesparan a/l Nadaraja, 38, beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
“Polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.
Kalau mangkuk ni kat luar negara, batal passport dan lucut kewarganegaraan Pendatang Tak Sedar diri ni.