Foto hiasan

NIBONG TEBAL – Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Jalan Victoria di sini ditutup seminggu bermula hari ini selepas seorang murid di situ disahkan positif COVID-19.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad berkata sekolah itu akan dicuci dan disanitasi sepanjang tempoh berkenaan.

“Ya betul, SK Seri Sentosa ditutup bermula hari ini hingga 26 Okt nanti selepas terdapat seorang murid positif COVID-19.

“Pihak pengurusan sekolah akan memastikan semua guru mengajar dari rumah melalui dalam talian sepanjang tempoh berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 1 Okt lepas, SK Permatang Janggus ditutup selama lapan hari selepas seorang guru wanita di situ disahkan positif COVID-19.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast