MUNICH – Untuk dua tahun berturut-turut, Allianz muncul sebagai jenama insurans teratas di dunia, menurut Kedudukan Jenama Global Terbaik, Interbrand.

Kejayaan itu dipertahankan ketika pasaran dan industri ini tidak menentu di seluruh dunia akibat pandemik Covid-19.

“Tumpuan kami pada daya tahan, integriti dan kepedulian pelanggan akhirnya berbayar.

“Apabila Allianz sekali lagi diiktiraf sebagai jenama insurans #1 di seluruh dunia, ia adalah berita hebat dan mengesahkan syarikat ini berada pada landasan yang betul,” kata Oliver Bäte, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz SE.

Sementara itu, Ketua Jenama dan Kerjasama Allianz SE, Christian Deuringer berkata, syarikat itu sangat bangga menjadi jenama insurans nombor satu dan telah berjaya berada dalam senarai 40 Jenama Global Terbaik.

“Hanya dalam tempoh 10 tahun, Allianz telah berpindah dari tempat ke-67 dalam senarai dengan nilai AS$ 4.9 bilion pada tahun 2010, naik di tempat ke-39 dengan nilai hampir AS$ 13 bilion pada tahun 2020,” katanya.

Tambahnya, walaupun separuh jenama dalam 100 Teratas gagal berkembang tahun ini, penilaian jenama Allianz meningkat 7 peratus ketika krisis, menjadikan nilainya kepada AS$12.935 bilion.

Kini, ujarnya, Allianz menetapkan sasaran untuk menjadi 25 Jenama Unggul pada tahun 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast