KUALA LUMPUR- PKR menghormati kenyataan yang telah dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan gencatan politik.
Namun Setiausah Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya tetap akan meneruskan usaha mengembalikan mandat rakyat bersama ahli-ahli Parlimen yang bersama mereka.
“Pada masa yang sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan ahli-ahli Parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama, iaitu untuk memperbetul halatuju kepimpinan negara terutama dalam usaha memerangi wabak Covid-19, menyuntik semangat dan membangun semula ekonomi, serta melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid hari ini menyatakan keputusan partinya untuk gencatan politik dan menyokong usaha kerajaan Perikatan Nasional menangani Covid-19 dan masalah ekonomi melanda rakyat.
Sebelum itu tular surat yang Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Razak kononnya menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun ia dinafikan oleh Ibupejabat UMNO Pusat yang mengatakan ia palsu kerana tidak mempunyai nombor rujukan.- MalaysiaGazette
Apa lagi Kita harus berusaha untuk mandat rakyat.lawan tetap lawan
U mean… terus usaha until Anwar jd PM kot. Dont hide behind the bushes ya.. not all rakyat now wants Anwar nor PH.