SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyedari dirinya menjadi kemarahan rakyat Selangor khususnya kira-kira 1.2 juta pemegang akaun di Lembah Klang susulan gangguan bekalan air tidak berjadual sejak tiga hari lalu.
Walaupun beliau menjadi mangsa penularan berita palsu dan video meme yang dihasilkan pihak tertentu untuk mempersenda dan mendesaknya meletakkan jawatan namun Amirudin tetap tenang dan cuba menyelesaikan masalah bekalan air itu.
“Orang yang marah kadang-kala tidak terkawal, jadi kita yang duduk ini bagus hanyalah senyum, tenang dan cuba untuk selesaikan masalah daripada menuding jari menyalahkan orang lain ataupun mengeluarkan teori-teori konspirasi untuk menyedapkan cerita.
“Kita sangat objektif dan sebagai pemimpin kerajaan negeri, kita adalah pemimpin yang bertanggungjawab di sini dan kita fokus terhadap penyelesaian masalah daripada apa yang berlaku.
“Kemarahan mereka…ya, pasti saya tahu mereka marah tetapi kita nak selesaikan dengan cara sistematik.
“Bukan dengan membuat gimik atau meme dan sebagainya, yang keluar itu mungkin itu adalah memperkayakan kreativiti masyarakat,” katanya pada sidang media di pejabat Kerajaan Negeri Selangor hari ini.
Sejak semalam, tular di media sosial video meme berdurasi dua minit 16 saat yang menyindir dan mempersendakan Amirudin melalui nyanyian Ratu Rock Malaysia Ella, bertajuk In The Eyes Of The World yang telah diubah suai.
Video meme itu turut disunting dan dimasukkan dengan visual kemarahan rakyat yang mendesak Amirudin perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. – MalaysiaGazette
Memang la marah.. Dah banyak kali putus air sbb pencemaran dari kilang. Dah tau banyak kilang haram kenapa tak tutup/ambil tindakan. Ni sebok nak jalankan pemutihan. Tutup je kilang tu!!!!. Takkan tu pun nak ajar wahai mb???. Ada kepentingan ke?
Agaknya hari ini berapa tan taik kering yang diflush dari jamban2 penduduk2 yang terjejas, dikatakan lebih 1 juta pemegang akaun, darablah dengan 2, 3, 4, atau 5 didalam sesebuah keluarga?
Anggaplah yang diFLUSH itu pemimpin2 Pakatan Hancing/DAP yang sama sekali gagal mengawal sumber2 punca air Selangor!
Pihak SPRM kena aggressive siasat kalau ada pihak2 tertentu didalam kerajaan Selangor yang melindungi kilang2 haram?
Minta jasa baik MB utk letak jawatan.