Hujan berterusan menyebabkan lapan daerah di wilayah tengah Savannakhet, Loas, dilanda banjir buruk.

VIENTIANE – Hujan berterusan menyebabkan lapan daerah di wilayah tengah Savannakhet, Loas, dilanda banjir buruk, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Banjir itu disifatkan yang terburuk pernah melanda sejak 42 tahun tahun, di kawasan bersempadan dengan wilayah Quang Tri, Vietnam.

Sejak 16 Oktober, hujan tidak berhenti mengakibatkan paras air sungai Sekong, Xe Banghieng dan Sepon melimpah menenggelamkan ribuan hektar sawah dan kawasan pertanian, lapor media tempatan memetik Ketua daerah Sepon, Vongsavan Viengmany.

Paras air di tasik hidrokuasa Selanong di daerah Meuang Phin dan Meuang Nong juga berada pada paras bahaya.

Menurut Pusat Meteorologi Laos, hujan lebat diramal berterusan satu atau dua hari lagi di kebanyakan kawasan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast