KUALA LUMPUR – Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mencipta sejarah bersama KV Kortrijk apabila nilai pasarannya naik dua kali ganda.
Menurut laman Transfermarkt, Luqman, 18, kini memiliki nilai pasaran €150,000 (RM740,000) sebagai tanda harga baharu berbanding sebelum ini €50,000 (RM246,500).
Nilai pasaran itu dikemaskini selepas pemain berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama membuat penampilan dalam liga utama Belgium, Jupiler Pro League.
Bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari itu masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74 ketika berdepan RSC Anderlecht.
Sebelum ini, Luqman sudah mempamerkan aksi yang memberangsangkan bersama skuad B-21 termasuk meledak gol kemenangan KV Kortrijk ketika menentang KFCO Beerschot Wilrijk dalam aksi Kumpulan 2 Liga Belgium B-21, minggu lalu. – MalaysiaGazette