KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil tindakan tegas ke atas pekerja yang dikesan menyalahgunakan surat kebenaran majikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shamugamoorthy Chinniah berkata, polis akan berurusan dengan pihak majikan tersebut untuk tindakan lanjut.

Katanya, beliau juga mahu memastikan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh syarikat atau sektor ekonomi yang beroperasi pada hari hujung minggu iaitu di luar waktu bekerja.

“Saya datang pantau sekatan jalan pada hujung minggu Ahad hari ini kerana ada segelintir sektor ekonomi beroperasi pada hari hujung minggu orag tak bekerja, saya nak tengok sejauh mana pematuhan sektor ekonmi itu pada hari tidak bekerja.

“Di samping itu saya juga nak memastikan betul atau tidak syarikat sektor ekonomi itu beroperasi pada bukan hari bekerja di hujung miggu kerana kita tak mahu orang mengambil kesempatan menggunakan surat kebenaran majikan.

“Keduanya saya juga tak mahu mereka ambil kesempatan menggunakan surat majikan pada hujung minggu yang sepatutnya sektor mereka tidak beroperasi (bercuti),” katanya ketika ditemui di sekatan jalan raya kawasan Sentul hari ini.

Menurut Shamugamoorthy, polis yang bertugas di sekatan jalan telah mengesan terdapat pekerja yang menyalahguna surat kebenaran majikan untuk tujuan peribadi dan pergerakan tanpa tujuan pada hujung minggu.

“Kalau ada surat majikan sebelum ini menyenaraikan 10 orang pekerja dalam surat kebenaran sesebuah syarikat beroperasi pada hujung minggu, di atas sekatan jalan raya pegawai dan anggota yang bertugas hasil pemeriksaan dan analisa mendapati lebih daripada jumah yang disenaraikan majikan bergerak dengan surat kebenaran majikan di hujung minggu secara meragukan.

“Kami tak mahu orang ramai buat salinan surat kebenaran majikan dan salahgunakan untuk ambil kesempatan melepasi SJR pada hari bekerja dan juga hujung minggu dan jangan mengkaburi mata pihak berkuasa kerana kita tahu benda benda ini berlaku.

“Kalau kita tahan dan soal lama, banyak boleh dibongkar penipuan mereka, cuma kami tidak mahu rakyat terkesan dengan kesesakan panjang ketika pemeriksaan nanti terutama pada waktu kerja,” katanya.

Malah beliau juga memberi amaran bahawa penghantar khidmat kurier selepas ini akan diperiksa secara teliti di setiap sekatan jalan raya.

Katanya, tindakan itu diambil selepas pihaknya mengesan pekerja syarikat penghanatarn beradadi atas jalan tanpa barang pelanggan di dalam beg.

“Sebelum ini kami pernah kesan penyedia khidmat kurier, yang mana ada yang tulen dalam penghantaran bungkusan, namun apabila diperiksa polis di sekatan jalan, mereka hanya memiliki dokumen barang pelanggan tapi tiada bungkusan barang di dalam beg mereka.

“Keduanya kita juga berjaya mengesan penghantar kurier apabila pemandu berkenaan menggunakan kenderaan itu untuk bergerak untuk tujuan peribadi dan sebagainya yang mana ia satu kesalahan serius. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast