Banyak pihak meminta sekatan pergerakan diperketatkan susulan lonjakan kes Covid-19.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula esok sehingga 9 November depan.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dikuatkuasakan sejak 14 Oktober lalu dan sepatutnya berakhir esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih terdapat lokasi berisiko tinggi penularan Covid-19 di ketiga-tiga negeri berkenaan,

“Setelah mengambil kira penilaian risiko, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara memutuskan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan selama 14 hari lagi.

“Prosedur operasi standard (SOP) masih sama,” katanya semasa sidang media hari ini.

Semalam, Selangor mencatatkan 93 kes harian baharu manakala Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan empat kes.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast