Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba untuk bermesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 26 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perdana Putra jam 9.20 pagi tadi bagi mempengerusikan Mesyuarat Kabinet.

Di luar perkarangan Perdana Putra, dua presiden parti iaitu Tan Sri S A Vigneswaran dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra.

Kedua-dua mereka dipercayai akan mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin jam 9.30 pagi sebelum beliau mempengerusikan Mesyuarat Kabinet.

Muhyiddin dijadual mempengerusi mesyuarat Jemaah Menteri, pagi ini.

Bagaimanapun agenda mesyuarat di Putrajaya itu masih tidak diketahui oleh sebahagian besar menteri.

Pertemuan itu dipercayai membincangkan keputusan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu petang semalam, selain beberapa urusan kerajaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.