ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta warganegara Turki boikot barang-barang Perancis di tengah-tengah penentangan ke atas pendekatan Paris terhadap radikal Islam.
Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen, Erdogan mendesak para pemimpin dunia lain untuk melindungi orang Islam “jika ada penindasan terhadap umat Islam di Perancis”.
Erdogan dengan marah mengkritik Emmanuel Macron susulan janji Presiden Perancis untuk mempertahankan sekularisme ke atas radikal Islam.
Ia berlaku setelah seorang guru dibunuh kerana menunjukkan kartun Nabi Muhammad.
Samuel Paty dipenggal pada 16 Oktober oleh Abdullakh Anzorov yang berusia 18 tahun di luar Paris, selepas menunjukkan gambar tersebut kepada murid-muridnya ketika sesi pembelajaran kebebasan bersuara di dalam kelas.
Macron, bagaimanapun telah memberi penghormatan kepada Paty dan mengatakan Perancis “tidak menyalahkan kartun kami”.
”Jangan beli barang-barang buatan Perancis,” kata Erdogan.
Malah, Erdogan menegaskan ‘pemimpin-pemimpin Eropah perlu memberitahu Presiden Perancis supaya menghentikan kempen kebenciannya”.
Perancis adalah sumber import ke-10 terbesar ke Turki dan pasaran ketujuh terbesar untuk eksport Turki, menurut institusi statistik.
Kenderaan Perancis adalah antara kereta paling laris di Turki.
Pada hujung minggu, Erdogan mengeluarkan kenyataan supaya Macron perlu menjalani pemeriksaan kesihatan mental apabila bercakap tentang Islam.
Kenyataan Erdogan itu telah menyebabkan Perancis memanggil duta besarnya ke Turki untuk berunding. – MalaysiaGazette
Kat sini lebai senyap jer.. X der rasa sensitif dah kot… Dulu bukan mainn garang…. This is poyooo