DUBAI – Lapangan terbang Dubai, lapangan terbang tersibuk di dunia sebelum krisis koronavirus, diunjur penyusutan trafik sebanyak 70% pada tahun ini.
Gelombang baharu jangkitan Covid-19 di seluruh dunia menjelang musim Krismas dan musim akhir tahun mendorong ketidakpastian kepada industri penerbangan yang sudah punah akibat wabak tersebut.
“Lapangan terbang Dubai menyaksikan penurunan jumlah penumpang sebanyak 55 hingga 65 peratus tahun ini akan merosot kepada 30 juta hingga 40 juta penumpang jika situasi semasa berterusan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, CEO Paul Griffiths.
Lapangan terbang ini mengendalikan kira-kira sejuta penumpang sebulan – lebih daripada yang diunjurkan walaupun Griffiths menjangkakan trafik penumpang boleh turun sebanyak 70 peratus tahun ini.
Penerbangan secara beransur-ansur meningkat sejak Emiriah Arab Bersatu menarik balik larangan penumpang pada bulan Jun
Syarikat penerbangan Dubai – Emirate terbang ke 100 destinasi.
Sehubungan itu, Griffiths mendesak kerajaan-kerajaan di dunia mengurangi peraturan kuarantin untuk penumpang memandangkan polisi sebelum dan selepas penerbangan cukup jelas untuk dipraktikkan oleh pengembara.
“Perkara yang jelas menjadi masalah pada masa ini adalah syarat untuk kuarantin di bahagian-bahagian tertentu di dunia. Sekiranya anda pergi ke UK pada masa ini, anda akan dikenakan 14 hari kuarantin dan banyak orang tidak dapat meluangkan masa,” katanya.
Emiriah Arab Bersatu pula mewajibkan pengembara mendapat keputusan saringan negatif sebelum berlepas ke negara itu.
Di Dubai, kebanyakan penumpang dibenarkan memasuki ke bandar popular itu dengan bebas setelah mereka memberikan keputusan ujian saringan negatif.
Penumpang yang melakukan perjalanan dari beberapa negara tertentu pula akan diuji semula semasa tiba dan mesti dikuarantin sehingga mendapat keputusannya. – MalaysiaGazette