Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di Flat Sungai Emas dan Plaza Hentian Kajang yang terletak di daerah Hulu Langat berkuatkuasa 28 Oktober sehingga 10 November.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD Flat Sungai Emas melibatkan tujuh blok flat serta rumah teres dengan jumlah penduduk seramai 1,300 orang.

Manakala PKPD Plaza Hentian Kajang melibatkan 7,500 penduduk.

“Di Flat Sungai Emas, sehingga 24 Oktober 2020, sebanyak 1,044 saringan telah dilaksanakan dan 42 individu didapati positif COVID-19.

“Manakala di Plaza Hentian Kajang sebanyak 909 saringan telah dilaksanakan dan 63 individu didapati positif COVID-19.

“Sehubungan dengan itu, atas nasihat KKM, sidang hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di di Flat Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 dan Plaza Hentian Kajang bermula 28 Oktober hingga 10 November 2020,” katanya semasa sidang media hari ini.

Dengan pelaksanaan perintah tersebut, semua penduduk tidak dibenarkan keluar daripada lokaliti masing-masing.

KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada penduduk yang terlibat.

Bekalan makanan akan diagihkan dan dikoordinasi oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.