KUALA LUMPUR – Kedutaan Perancis di Malaysia berkata Perancis tidak memihak atau memburukkan mana-mana agama dan ia menjamin wujudnya kedamaian untuk semua penganut agama dalam kerangka undang-undang dan prinsip republik itu, ketika seruan umat Islam memboikot produk Perancis.
Kedutaan itu, dalam satu kenyataan di sini pada Rabu berkata, Presiden Emmanuel Macron tidak menyasarkan masyarakat Islam di Perancis tetapi hanya ideologi – Islamisme radikal – yang perlu diasing dan ditentang.
“Presiden jelas menyatakan beliau akan bertegas terhadap sebarang bentuk kesimpulan umum, membezakan majoriti besar penganut Islam Perancis dengan kumpulan pemisah minoriti yang menentang nilai Republik serta golongan yang membebankan kelompok majoriti,” menurut kenyataan itu.
Beberapa negara Islam menyeru kempen memboikot produk Perancis berikutan ucapan Macron pada 2 Oktober yang dianggap mengkritik Islam.
Kedutaan juga menyatakan terdapat beberapa personaliti cuba memulakan kempen anti barangan Perancis di Malaysia.
“Kami gembira dengan jaminan yang diberikan oleh pihak berkuasa bahawa kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan tindakan sedemikian,” katanya. – Bernama
Mereka yang memperjuangkan hak asasi syaitan tidak akan diterima didalam dunia Islam!
Jom boikot produk Perancis!
On 13 February 1960, France conducted its first nuclear test, code-named “Gerboise Bleue” (Blue Desert Rat). The day marked the beginning of a series of four atmospheric nuclear tests at the Reganne Oasis, in the Sahara Desert of Algeria.
Inilah negara yang banyak membuat kerosakkan dimuka bumi! Jom boikot produk2 Perancis!