SWITZERLAND – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan presidennya Gianni Infantino disahkan positif Covid-19, umum badan induk bola sepak dunia itu.
DailyStar melaporkan, Infantino, 50, memiliki gejala virus itu dan kini menjalani proses pengasingan selama 10 hari.
“Semua mereka yang mempunyai kontak rapat dengan Presiden FIFA sepanjang beberapa hari lalu sudah dimaklumkan dan diminta untuk mengambil tindakan susulan,” kata badan induk berkenaan lagi.
“FIFA mendoakan supaya Infantino segera sembuh,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.
Kali terakhir Infantino muncul di tempat awam adalah pada Sidang Kemuncak Pematuhan FIFA yang berakhir 16 Oktober lalu dengan semua peserta hadir menerusi persidangan video. – MalaysiaGazette