Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatan tertentu di cawangannya di negeri Sabah bermula esok.

Operasi bermula dari 9 pagi hingga 2 petang pada hari bekerja.

Walau bagaimanapun, cawangan KWSP Tawau hanya akan dibuka semula pada 4 November 2020.

Walaupun jumlah kes Covid-19 yang dicatatkan sedang meningkat, keputusan untuk menyambung perkhidmatan tertentu di cawangan yang dinyatakan untuk membantu ahli yang memerlukan akses kepada simpanan KWSP mereka.

Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para ahli, majikan dan kakitangannya sentiasa terjaga, KWSP akan terus melaksanakan prosedur standard operasi (SOP) berikut di semua cawangan dan pejabatnya:

A. Ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji
Temu Online di laman web www.kwsp.gov.my/janjitemu;
B. Ahli hanya boleh berurusan untuk perkhidmatan tertentu di cawangan yang beroperasi
di negeri Sabah, seperti berikut:
 Pengeluaran Umur 50/ 55/ 60 Tahun
 Pengesahan Cap Ibu Jari e-Pengeluaran
C. Semua ahli perlu menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi
MySejahtera sebelum memasuki premis KWSP;
D. Semua ahli dikehendaki mematuhi langkah-langkah penjarakan fizikal yang ditetapkan
pada setiap masa ketika berada di dalam premis KWSP;
E. Para majikan disarankan untuk menghubungi pegawai Khidmat Nasihat Majikan masing-masing untuk mendapatkan khidmat nasihat lanjut; dan
F. Ahli dan majikan disarankan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP, iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), yang beroperasi seperti biasa

KWSP sedang mengambil pendekatan berjaga-jaga berikutan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara.
Menurutnya, sebarang kesulitan yang timbul daripada pengurangan perkhidmatan ini adalah dikesali, namun kesihatan dan keselamatan ahli serta majikan yang hadir di cawangan KWSP setiap hari daripada pelbagai lokasi perlu menjadi keutamaan.

Ahli-ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my – MalaysiaGazette