Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat sepanjang tempoh persidangan mesyuarat ketiga termasuk ketika pembentangan Belanjawan 2021 esok.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Penyelarasan Urusan Dewan Rakyat berikutan penularan wabak Covid-19 semalam yang turut dihadiri Ketua Whip parti.

“Penentuan Ahli Parlimen yang boleh berada dalam dewan akan ditetapkan oleh parti masing-masing. Setiausaha Dewan Rakyat akan memberikan Kad Khas kepada Yang Berhormat Kota Bharu untuk selaraskan kehadiran di pihak anggota pentadbiran dan ahli ‘backbenchers’.

“Di pihak pembangkang, Kad Khas ini akan diberikan kepada Yang Berhormat Sungai Petani untuk kehadiran ahli pembangkang dan Bebas,” katanya menerusi pemasyhuran yang dibacakan timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon di Dewan Rakyat hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.