LONDON – Pemain tengah legenda Manchester United, Paul Scholes masih tidak berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan Martial pada perlawanan awal pagi tadi.
Walaupun Martial menjaringkan gol saguhati untuk United pada babak pertama, Scholes berang dengan Martial kerana kurang usaha untuk mendapatkan bola.
“Tiada pergerakan yang dilakukan oleh Martial untuk mendapatkan bola. Dia lebih suka berdiri di antara dua pertahanan pasukan lawan sambil menunggu bola.
“Saya merupakan peminat utama Martial tapi dia hanya berjalan ke sana ke sini seperti dia tidak pasti apa tugasannya sebagai penyerang utama United.
“Anda perlu mendapatkan bola dan melakukan pergerakan jika anda mahukan gol,” kata Scholes dalam wawancara BT Sport.
United tewas 2-1 ke atas juara liga Turkey Istanbul Basaksehir dalam perlawanan kumpulan H di Liga Juara-Juara Eropah.
United gagal memperolehi kemenangan ketiga berturut-turut dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas untuk kali kedua dalam tempoh empat hari.
United ditewaskan Arsenal 1-0 di gelanggang sendiri Ahad lalu.
Sabtu ini, United akan kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dan akan bertandang ke Goodison Park untuk menghadapi cabaran pasukan yang kian meningkat iaitu Everton. – MalaysiaGazette