Kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion untuk melaksanakan Program Jaringan Prihatin bagi mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan internet.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion untuk melaksanakan Program Jaringan Prihatin bagi mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan internet.

Mulai suku pertama 2021, lebih kurangĀ  lapan juta penerima dari golongan B40 akan menerima bantuan RM180 seorang dalam bentuk kredit telekomuikasi.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini berkata, bantuan itu boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan Internet dan menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.

Pada masa sama, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion dalam bentuk data percuma. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast