Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini mempunyai kelemahan yang sangat besar.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perbentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak mempunyai lonjakan untuk memulihkan ekonomi negara ekoran penularan pandemik Covid-19.

“Bagi saya kelemahan yang paling ketara selain daripada angka tadi, tidak ada satu lonjakan bagaimana boleh kita pulihkan ekonomi, itu kelemahan besar.

“Belanjawan ini tidak beri gambaran bagi merangsang dam memacu pertumbuhan ekonomi supaya boleh hidup segar dan penyelesaian masalah pengangguran dan membantu golongan pekerja yang dibuang kerja,” kata Anwar selepas menghadiri perbentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perbentangan Belanjawan 2021 hari ini, kerajaan bercadang memperuntukkan RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19.

Manakala sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi simpanan luar jangka.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Belanjawan 2021 milik PN tidak menjaga kepentingan rakyat negara ini.

Beliau berkata kenyataan Tengku Zafrul untuk tidak meneruskan moratorium hanya menjaga kepentingan pihak bank semata-mata.

“Kita juga sebut mengenai monatarium yang saya ingat Menteri Kewangan lebih memihak kepada kepentingan bank dan bukan kepentingan peminjam dan ekonomi.

“Soal pengeluaran KWSP walaupun ada hujah pertahankan kepentingan masa depan, tetapi bila orang itu dalam keadaan sesak masa sekarang maka jumlah pinjaman itu harus diperluaskan tidak hanya kepada satu kategori,” katanya lagi.

Dalam Belanjawan 2021 hari ini, peminjam kategori B40 dan kumpulan perusahaan mikro diberi pilihan untuk menangguh atau mengurangkan ansuran bulanan pembiayaan mereka dengan pihak bank.

Peminjam dalam kategori ini akan diberi dua pilihan iaitu penangguhan ansuran bulanan selama 3 bulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. …”hari ini kita menanggggg…esokkkkkk….minyak turun 1.50 kupang”!!!

    Nak lonjak ekonomi negara…..senang jeeee….errrr…jadikan saya PM….BANG NON!!

  2. TUAN/PUAN saya ada majoriti menyakinkan ada NOMBOR EKOR KEPALA utk disembahkan pada YDPA akhirnya terus MUNAFIK dan gila HANYA 38 mp P arti K hianat R eformasi…YDPA dan Rakyat TERUS d kencingkan P akatan H ancing P unah H arapan

  3. tambahan…kami Punah Harapan SAHKAN kerajaan 22 bulan TIADA WANG dan BANGKRAP kerana hutang2 KJAAN LAMA dan ketirisan…..AUDIT NEGARA sahkan 2019 HUTANG KERAJAAN rm 700 tt bilion….mujur tabung harap…an sudah settlekan terima kasih RAKYAT yang berPUTIH MATA kerana KAMI TELAH KHIANAT MANIFESTO PRU14. Kerana ia bukan KITAB SUCI

Comments are closed.