TOKYO – Harga minyak jatuh hampir 1 peratus dalam dagangan hari ini ketika Eropah melaksanakan sekatan pergerakan sekali gus menimbulkan persoalan tentang prospek permintaan minyak mentah.
Situasi mendebarkan Pilihan Raya Amerika Syarikat yang mana proses pengiraan masih berlangsung menyebabkan pasaran terus dalam keadaan tertekan.
West Texas Intermediate CLc1 turun AS$0.32 atau 0.8 peratus kepada AS$38.47 setong pada 0040 GMT, setelah menurun hampir 1 peratus pada hari Khamis.
Brent masih belum didagangkan setelah turun 0.7 peratus pada sesi sebelumnya.
Kontrak minyak mentah masih meningkat pada mingguan pertama selepas empat kali untung. – MalaysiaGazette