Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 06 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengajak semua Ahli Parlimen dan rakyat negara ini untuk bersama-sama bermuafakat atas perkara dasar, meskipun sebelum ini berbalah dan berbeza pandangan atas perkara cabang.

Bekas Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) berkata, rakyat negara ini perlu bersyukur bahawa mereka masih kuat menggagahi semua ini dengan kuatnya negara kerana rakyatnya tabah berkorban membentengi negara.

“Saya punya sebuah kepercayaan. Betapa bangsa Malaysia ialah bangsa yang berani, bangsa yang kuat, yang bila sepakat kita mampu melakukan yang luar biasa. Atas hakikat itulah Belanjawan 2021 ini mengangkat sebagai tema ‘Teguh Kita, Menang Bersama’.

“Kita boleh berbalah dan berbeza pandangan atas perkara cabang, namun bermuafakatlah kita atas perkara dasar.

“Jika sebelum ini kita pernah bersama sebulat suara bersetuju dengan penubuhan Kumpulan Wang Koronavirus (Covid-19), adalah harapan ramai dalam Dewan yang mulia ini mahupun rakyat di luar sana bahawa belanjawan ini dijulang menjadi kanun saksi perpaduan kita demi rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021di Dewan Rakyat di sini hari ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast