LONDON -James Maddison menghantar mesej jelas kepada Jurulatih England bahawa dia kini sudah bersedia untuk kembali ke pasukan kebangsaan dan beraksi pada peringkat antarabangsa.
Pemain Leicester City mengenepikan kekecewaan tidak tersenarai dalam skuad semasa kendalian Gareth Southgate dengan mempamerkan aksi cemerlang dalam aksi menang ke atas Braga dalam Liga Europa pada Khamis.
Perancang tengah itu sebelum ini dilanda kecederaan dan bergelut untuk kembali cergas.
Bagaimanapun dalam aksi Liga Europa awal pagi tadi, pemain berusia 23 tahun itu berjaya menjaringkan gol pada minit ke-78 dan satu bantuan gol kepada rakannya untuk mengesahkan the Fox menang 4-0.
Ditanya sama ada beliu benar-benar kecewa kerana tidak tersenarai dalam skuad England, Maddison memberi reaksi:” secara ikhlas memang ya..saya sedih tidak tersenarai dalam skuad England.
“Saya mahu kembali semula ke sana, itulah impian saya sejak kecil lagi..sya mendahagakan lebih peluang beraksi bersama skuad kebangsaan selepas ini.
“Mesej saya kepada Southgate (jurulatih) sangat jelas bahawa saya sudah kembali cergas.Tahun lepas saya dilanda kecederaan, kini situasi sudah berubah.
“Saya bersama skuad Foxes melakar tiga kemenangan dalam ketiga-tiga aksi kumpulan Liga Europa setakat ini dan pasukan kami berada di tangga kedua dalam carta EPL,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette