Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan) memegang buku Belanjawan 2021 selepas selesai membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 06 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, jumlah perbelanjaan bagi tahun 2021 adalah terbesar dalam sejarah dengan nilai RM322.5 bilion.

Kerajaan bercadang memperuntukkan RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19.

Manakala sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi simpanan luar jangka.

“Mengambil kira anggaran tersebut, defisit fiskal 2021 diunjur pada kadar 5.4% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya ketika membentangan Belanjawan 2021. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.