Saturday, June 29, 2024
Home Belanjawan 2021 Peruntukan RM153 juta perkukuh peranan RELA

Peruntukan RM153 juta perkukuh peranan RELA

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM153 juta dalam Belanjawan 2021 bagi mengukuhkan peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM153 juta dalam Belanjawan 2021 bagi mengukuhkan peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, peruntukan itu termasuk bagi menaik taraf kemudahan di pusat latihan berkaitan.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan memperuntukan sejumlah RM30 juta untuk Program Kebun Komuniti kepada komuniti separa bandar dan luar bandar.
Beliau berkata, program itu menyediakan peralatan seperti kit fertigasi dan media tanaman bernilai sehingga RM500 untuk setiap individu atau RM50,000 bagi setiap komuniti yang bakal memanfaatkan 60,000 peserta
Tambahnya, pelaksanaan Projek Pertanian Organik di peringkat komuniti dengan peruntukan RM50 juta turut diumum dan dijangka memanfaatkan 1,000 komuniti.
“Ketiga, pelaksanaan Program Ladang e-Satelit dengan peruntukan RM10 juta secara geran padanan sehingga RM30,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bagi tujuan pembelian peralatan pertanian berasaskan Internet of Things termasuk dron,” katanya. – MalaysiaGazette