KUALA LUMPUR – Pelepasan cukai sehingga RM8,000.00 setahun bagi simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk memberi galakan kepada ibu bapa agar terus membuat simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN berkata, insentif itu dicadangkan olehnya dan telah dikemukakan kepada Menteri Kewangan pada 6 November lalu.
Oleh itu, PTPTN menyeru agar rakyat Malaysia terus menjadikan SSPN sebagai pilihan utama untuk membuat simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi selaras dengan usaha kerajaan memberikan manfaat penabungan melalui insentif Belanjawan 2021 ini.
”Sesungguhnya, rakyat Malaysia amat bertuah kerana mempunyai Kerajaan yang amat prihatin dalam menyediakan keperluan rakyat terutamanya dari aspek kewangan bagi persediaan anak-anak untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi demi masa depan yang lebih cemerlang,” katanya. – MalaysiaGazette