ECRL
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini diberitahu terdapat perubahan laluan untuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan empat jajahan iaitu Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Datuk Azami Mohd Nor berkata, laluan baharu itu akan melibatkan pengambilan 1,561 lot tanah.

Menjawab soalan Abdul Azziz Kadir (PAS-Jelawat), beliau juga berkata, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Koordinator Kerja bagi memilih 40 peratus kontraktor tempatan untuk pelaksanaan ECRL di Kelantan.

“Skop dan bidang kuasa Jawatankuasa Koordinator Kerja Projek ECRL Kelantan termasuk menyelaras agihan kontrak kerja ECRL untuk kuota 40 peratus kontraktor tempatan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri akan tetap mengutamakan pembinaan rumah untuk generasi kedua peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Kerajaan negeri bersetuju untuk membina lebih 1,000 rumah di Bandar Baharu Chiku dan Datuk Bentara di Gua Musang, katanya ketika menjawab soalan Amran Ariffin (BN-Paloh).

“Skop dan bidang kuasa Jawatankuasa Koordinator Kerja Projek ECRL Kelantan termasuk menyelaras agihan kontrak kerja ECRL untuk kuota 40 peratus kontraktor tempatan,” katanya.

Ketika menjawab soalan Mohd Rodzi Jaafar (PAS-Gaal), Mohd Amar berkata kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membangunkan bandar-bandar yang bersempadan dengan negara jiran dan negeri lain seperti Rantau Panjang, Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli bagi merancakkan ekonomi setempat.

“Lojing kita dah luluskan untuk jadi Bandar Baharu Lojing yang bakal menjadi tarikan baharu seperti Cameron Highlands serta di Pasir Puteh akan dijadikan zon nasi ulam bagi menarik pelancong,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast