GOMBAK – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS), Datuk Ahmad Jauhari Yahya enggan menjawab sebarang pertanyaan media ekoran insiden helikopter terhempas di Taman Melawati, hari ini.
Beliau hanya berkata; “Tak nak (jawab pertanyaan media).
Beliau merupakan salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden itu bersama Tan Chai Elan.
Dalam pada itu, Ahmad Jauhari dilihat menaiki kenderaan polis
dipercayai untuk ke Balai Polis Melawati.
Ia juga dipercayai bagi mendapatkan keterangan beliau mengenai insiden berkenaan.
Ahmad Jauhari sebelum ibu tiba di tempat kejadian yang meragut dua nyawa dalam insiden berkenaan dan meninggalkan kawasan ini jam 3.15 petang.
Dua mangsa kemalangan itu adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41, dan Mohd Sabri Baharom, 56.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap insiden dua helikopter terhempas di Taman Melawati. – MalaysiaGazette
ini sebab tak ada brik lah ni. lain kali buatlah kapal terbang ada brik. tentu selamat.