Azwan Ali kelihatan maskulin dalam program Lagu Cinta Kita di TV3.

KUALA LUMPUR – Penampilan terbaharu pengacara kontroversi, Azwan Ali dalam program Lagu Cinta Kita di TV3 malam tadi mendapat pujian ramai netizen termasuk adiknya, Ummi Hafilda.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Ummi berkata, walaupun terperanjat, dia mengakui abangnya memiliki pengaruh besar sebelum ini sebagai pengacara dan penerbit program disegani.

“Baguslah diva AA (Azwan) balik ke imej asal di zaman kegemilangannya di TV3 suatu ketika dulu as pengacara terbaik Asia dan penerbit yang cukup berpengaruh dengan program program berprestij dan meletop hingga melonjakkan rating TV3 ketika itu seperti Juara Lagu, Melodi, Sampaikan, Chit Chat dan lain-lain. Terperanjat juga buka televisyen sekejap ini..muncul dia dan Elly Mazlien dalam rancangan baru, Lagu Cinta Kita di TV3,” tulisnya.

Azwan dan Ummi merupakan adik kepada Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Gandingan Azwan Ali bersama Elly Mazlein menjadi tumpuan malam tadi sehingga menjadi trending di laman sosial.

Setelah lama menyepi dari industri hiburan, Azwan lebih dikenali sebagai Diva AA kembali diberi peluang sebagai pengacara  Lagu Cinta Kita Musim Kedua.

Gandingan Azwan yang mengacara bersama Elly Mazlein menjadi tumpuan malam tadi sehingga menjadi trending di laman sosial.

Sebelum ini, Azwan sering mengenakan selendang di leher namun semalam dia telah menyarungkan sut lengkap dengan gaya dandanan rambut lelaki menerima pujian ramai.

Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, aura pengacaraan Azwan masih lagi berbisa dan netizen turut memuji Azwan yang masih bijak pandai untuk mengawal dan menggunakan tone suara ketika mengendalikan program hiburan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Handsome siut..azwan caya lh ni baru maskulin…rasa mcm x percaya tu azwan ali…pehhhhh…terbaek

Comments are closed.