Gambar hiasan

RAWANG – Kerajaan Negeri Selangor menjangkakan gangguan bekalan air tidak berjadual akibat pencemaran bau di Sungai Selangor kembali pulih selewat-lewatnya pagi esok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata, ia bergantung kepada bacaan pencemaran bau di Sungai Selangor dan loji rawatan air (LRA) hanya akan memproses air mentah sekiranya bacaan pada tahap 0 TON.

“Kita jangkakan kalau pulih malam ini, kalau loji dijalankan selepas 0 TON, loji tak boleh proses kalau masih tiada bacaan 0 TON.

“Kita punya piawaian daripada KKM, kalau loji air turun ke 0 TON, kita akan memproses air segera dan mula esok rumah yang berdekatan boleh dapat air.

“Bekalan air pulih secara berperingkat-peringkat, kalau kita mulakan, dia ambil lebih kurang 10 jam untuk sampai ke destinasi pertama.

“Esok mula dapat air jika isu bau ini selesai malam ini,” katanya pada sidang media di Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) Taman Velox, di sini, hari ini.

Loji Rawatan Air (LRA) Fasa, 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah dihenti tugas antara jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi disebabkan oleh pencemaran bau seakan pelarut telah dikesan di Sg. Selangor.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan bau telah dikesan sekitar 8 TON di LRA Rantau Panjang.

Dalam perkembangan sama, setakat jam 6 petang tadi, bacaan pencemaran Sungai Selangor di Sungai Sembah, dekat sini mulai turun kepada kadar 4 TON.

“Kita masih buat flushing supaya mencairkan bau ini hingga 0 TON. Kita nampak ada tambah baik di LRA Rantau Panjang dari 8 TON kepada 4 TON dan SSP1, 2 dan 3 dijangka turun sehingga menjadi 0 TON.

“Dijangka malam ini bacaan TON akan dikurangkan dan kita harap loji akan bertugas semula selepas malam ini di mana kita bertungkus lumus untuk mencairkan air yang tercemar ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.