Julian Johan Bechler.

KUALA LUMPUR – Penjaga gol kacukan Jerman-Malaysia, Julian Johan Bechler memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bersama juara Liga Super musim 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini diumumkan oleh Johan menerusi laman media sosial Instagram miliknya setelah mengadakan perbincangan dengan kelab itu.

Pemain berusia 19 tahun itu beraksi bersama JDT III dalam saingan Piala Presiden.

Namun, ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk membatalkan saingan Piala Presiden, sekaligus Johan tidak beraksi sebarang perlawanan kompetitif musim ini.

Namun, Johan memberi bayangan perbincangan dan terma sudahpun dimulakan bersama pasukan baharunya.

Sebelum menyarung jersi JDT III, Johan pernah beraksi bersama skuad B-19 tahun Tus Hornau, sebuah pasukan yang beraksi dalam saingan Divisyen 2 Liga Jerman. – MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast