KUALA LUMPUR – Sempena tarikh menarik esok iaitu 11.11.2029, beberapa hotel di sekitar ibu negara dilihat mengambil peluang mengadakan promosi menu pada harga berpatutan.
Mengambil kira tarikh itu, harga menu ditawarkan RM11.
Tidak ketinggalan Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre milik Permodalan Nasional Berhad yang diuruskan Attana Hotels & Resorts Sdn. Bhd.
Hotel berdekatan Menara Berkembar Kuala Lumpur itu menawarkan pelbagai menu sihat antaranya salad, sandwich dan ayam masak lemon.
Malah tawaran promosi sudah bermula sejak awal bulan ini di restoran hotel itu, Binjai, yang beroperasi sehingga 8 malam.
Maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi 03-74903333.
Pada masa sama, The Pearl Hotel Kuala Lumpur turut memperkenalkan menu ‘brunch’ pada harga RM11 esok bermula 11 pagi hingga 3 petang.
Menu yang disediakan adalah Nasi Kerabu dengan Ayam Percik dan Deep Fried Spring Chicken with Vegetables.
Untuk tempahan awal, orang ramai boleh menghubungi talian 03-7983 1111 sambungan 8945. – MalaysiaGazette