BANGI – Sejumlah RM90,000 diperuntukkan kerajaan Selangor bagi membantu penduduk sekitar Plaza Hentian Kajang dekat sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 28 Oktober lalu.
Pegawai Daerah Hulu Langat, Najmuddin Jemain berkata, peruntukan secara sekali bayar itu bagi menyediakan bakul makanan kepada 2,622 penduduk yang terkesan.