TERKINI : Lebih 400 Penduduk PKPD Medan 88 Masih Belum Dapat Dikesan – Mohamad Zain

Semua penduduk yang tinggal di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang berada di luar kawasan diminta untuk melaporkan diri mereka di PKPD ini bagi tujuan saringan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang, Mohamad Zain A. Hamid berkata sejumlah lebih 400 penduduk di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi masih belum dikesan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula hari ini.