Foto Instagaram Yana Samsudin.

KUALA LUMPUR – Pelakon Yana Samsudin, 36, mendapat anak kedua selepas selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor pada 7 November lalu.

Kegembiraan pelakon filem Wawa Semput itu diumumkan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya dan suami, Fadzil Zahari, 37, semalam.

Dalam entri yang dimuat naik dalam IG, Yana memanjatkan kesyukuran selepas proses bersalin berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, saya sudah selamat lahirkan baby gaming (permainan video). Its a girl...”

“Terima kasih semua yang sudi mendoakan Yana dan baby selamat dilahirkan. Semuanya dipermudahkan,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Yana mengumumkan akan bercuti selama dua bulan daripada permainan video dalam talian dan tempatnya akan diganti oleh suaminya.

Dia sebelum ini membuat kejutan apabila suaminya mengumumkan kehamilannya yang ketika itu sudah mencecah lapan bulan, September lalu.

Pasangan yang sudah memiliki cahaya mata lelaki, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun pernah memberi bayangan ingin menambah anak sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast