Lawatan sempena sambutan perayaan Deepavali bagi tahun ini kepada keluarga penghuni penjara.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sesi perjumpaan secara fizikal antara keluarga bersama penghuni penjara di seluruh institusi itu sempena sambutan Hari Deepavali, dibatalkan.

Menurut kenyataan Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia, sesi itu bagaimanapun diganti dengan menggunakan aplikasi Skype dan juga perkhidmatan telefon pra bayar yang telah disediakan di seluruh institusi penjara.

“Dimaklumkan, sesi perjumpaan antara keluarga penghuni bersama penghuni secara fizikal di seluruh institusi sempena sambutan Hari Deepavali adalah dibatalkan.

“Ini adalah langkah bagi mencegah penularan wabak Covid-19 dalam institusi penjara,” kata kenyataan itu.

Keluarga diminta memberi kerjasama dan jika mempunyai sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada institusi penjara yang berkaitan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast