SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memeriksa dan merampas bahan mentah berupa daging ayam, di sebuah restoran terkenal di Subang Jaya semalam, susulan tular sebuah video mendakwa mi kari yang dijual premis itu mengandungi daging babi.
Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pemeriksaan dijalankan lima anggota penguat kuasa itu, bagaimanapun mendapati restoran berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sah sehingga 30 Nov ini.
“Menurut pengurus restoran itu, beliau mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak.
Tambah Muhamad Zikril Azan, turut disita semasa pemeriksaan itu adalah Sijil Halal JAKIM dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.
Katanya, pengurus premis memaklumkan bekalan bahan mentah dipesan oleh pihak ibu pejabat syarikat restoran terbabit.
Tambah beliau lagi, KPDNHEP Selangor akan terus memantau serta memeriksa bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal JAKIM sentiasa mematuhi peraturan selain menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini. – MalaysiaGazette
Orang Melayu memang suka makan babi meh….Itu sebab semua pergi makan restoran orang Cina dan kopitiam meh. Itu sebab, kopitiam/ restoren Cina bsnyak laku wooo..Sijil halal tak perlu meh…orang Melayu mesti pergi meh… Restoran Melayu, orang Melayu tak mahu makan sana meh, tak de jual babi dan halal… Tak de standard….Semua tak laku…tutup kedai!!!!
Betul ke golongan2 Melayu liberal sangat benci dan marah dengan penyiaran2 artikel seperti ini?
Mereka sudah ketagih?
Sila jual bangkai babi untuk dilahap asalkan jangan guna logo halal okay.
Itulah sebabnya restoran itu mengambil pekerja2 asing dari Myanmar agama Buddha yang makan daging babi. Diarah tutup operasi serta merta untuk siasatan lanjut PBT dan PDRM