ZAGRED – Pemain tengah Croatia, Marcelo Brozovic diuji positif Covid-19 semalam.
Pengenalpastian itu diketahui sehari menjelang saingan Liga Negara-Negara berdepan Sweden, kata Persekutuan Bola Sepak Croatia (HNS).
“Kelab Brozovic, Inter Milan dan pakar epidemiologi Sweden sudah dimaklumkan mengenai ujian positif itu,” kata jurucakap HNS.
Keputusan positif pemain itu hadir dua hari selepas pertahanan, Domagoj Vida juga didapati positif selepas bermain pada babak pertama saingan persahabatan menentang Turki di Istanbul.
Selain Brozovic, 27, seorang kakitangan pasukan juga diuji positif. – MalaysiaGazette