Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham tidak turun padang ke lokasi Covid-19 kerana takut mati, hari ini memohon maaf terhadap kenyataannya di Parlimen sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Datuk Seri King Sing berkata, beliau membuat permohonan maaf itu bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat lancar dan demi kepentingan serta keharmonian negara.
Katanya, langsung tidak terdetik untuk beliau menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, frontliners termasuk Ketua Pengarah Kesihatan.